Saturday, July 26, 2008

Isu Kuari Kg Padang..... terkini

Aduan demi aduan macam curah air ke daun keladi

Oleh : Amelia Hashim



BANDAR BAHARU (10 Julai 2008): Bagaimana rasa sekiranya pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu melepas tangan. Hal ini betul-betul mencabar kesabaran sesiapapun. Apa lagi penduduk kampung yang setia kepada kerajaan.


Bagi penduduk Kampung Padang Sungai Kecil Ilir Bandar Baharu masalah yang menimpa mereka seperti malapetaka yang tidak berpenghujung. Aduan demi aduan seperti mencurah air ke daun keladi. Aduan dan rungutan itu ditolak ke sana ke mari seperti tiada harga diri. Pada hal mereka adalah penduduk asal kampung itu yang mendiami di kiri dan kanan sungai Ilir Kecil.



Menurut Ketua Kampung itu Encik Abu Rahim Haji Embi, setiap hari bermula jam 6.30 pagi jalan raya yang dibina untuk kegunaan penduduk kampung telah dilalui oleh tidak kurang 40 buah lori menuju ke hujung jalan iaitu jalan mati tempat kuari. Empat jam kemudian pada pukul 10.00 masuk lagi gerombolan lori-lori dengan jumlah yang sama menuju ke arah yang sama. Manakala lori-lori yang masuk awal pagi bergerak keluar sarat dengan muatan tanah merah.


"Sebelum ini anak-anak penduduk kampung dapat pergi ke sekolah dengan tenang tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Saya sendiri bimbangkan keselamatan anak-anak saya. Sebulan lalu seorang pelajar sekolah mati kerana dilanggar oleh sebuah lori pasir sehingga berkecai kepala," katanya.


Jalan raya yang melintasi Kampung Padang Sungai Ilir itu berpenghujung di kawasan tanah tinggi ataupun bukit kecil kini dijadikan kuari. Tindakan kontraktor mahu mengaut kekayaan di situ, telah merosakkan alam sekitar dan pencemaran air. Kawasan dan tebing sungai di situ telah runtuh. Air sungai yang sebelum ini bersih dan jernih telah menjadi warna teh susu. Apabila hujan, air mengalir menghanyutkan pasir-pasir, batu-batu kecil dan geladak menyebabkan sungai menjadi cangkat.


Persoalannya sekarang siapakah kontraktor yang mendapat kelulusan atau lessen mengambil tanah dari kuari berkenaan. Apakah Jabatan Alam Sekitar juga memberi kelulusan kepada kegiatan itu. Sedangkan aktivti yang berlaku setiap hari telah merosakkan alam sekitar. Malah telah menggangu ketenangan hidup penduduk kampung dan merosakkan aktiviti pertanian mereka seperti projek sayur, mini nusery kelompok buah-buahan dan ini menyebabkan punca rezeki mereka terjejas.



Selain itu lori-lori ini telah merosakkan jalan raya dan memutuskan bekalan air beberapa orang penduduk di situ. Kegiatan pelebaran jalan untuk laluan lori-lori telah menyebabkan tebing sungai runtuh dan sungai menjadi cetek.



Nampaknya pihak yang bertanggung jawab tidak peduli dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh kontraktor berkenaan walaupun penduduk kampung telah melakukan berbagai cara seperti membuat aduan kepada Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Pentadbir Tanah Daerah Bandar Baharu. Tidak cukup dengan aduan itu mereka telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Bandar Baharu.

Sebanyak 98 penduduk kampung telah menandatangani surat bantahan yang akan dibawa ke pengetahuan YAB Menteri Besar Kedah mengenai perkara itu. Ini kerana bantahan yang mengikut peraturan seperti di atas berlalu begitu sahaja. Sedangkan penduduk kampung terlibat seperti terpanggang di atas bara.

Saturday, July 19, 2008

SMK SULTAN AHMAD TAJUDDIN BANDAR BAHARU KEDAH



Kebanyakan penduduk 300kaki melanjutkan ke peringkat menengah di sekolah ni..
kerana dalam daerah yg sama. Tq SMSAT.

Sejarah ringkas:

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin bermula pada bulan Januari 1965 di mana ia ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu selama setahun dengan nama Sekolah Menengah Bandar Baharu (SMBB). Bermula dengan hanya 4 orang tenaga pengajar, tiga kelas tingkatan satu serta bilangan pelajarnya seramai 120 orang. Bilangan guru bertambah menjadi 10 orang menjelang Mac 1965 . Mulai tahun 1966 sekolah ini ditempatkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Permatang Pasir dan kepimpinannya diterajui Pemangku Guru Besar iaitu En. Jaafar Bin Saidin. Pada 1967 barulah SMBB memperolehi bangunan sendiri iaitu dua blok bangunan 2 tingkat. Pada tahun tersebut juga kumpulan pertama pelajar mengambil peperiksaan L.C.E dan pada tahun 1969 kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan M.C.E. Pelajar STPM yang pertama bagi sekolah ini ialah pada tahun 1999. Sehingga kini pembangunan infrastruktur sekolah ini meliputi 7 Blok bangunan, 1 Dewan, 1 kantin,1 Makmal Komputer dan 2 blok Asrama.

Sekolah ini telah bertukar nama ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin mulai tahun 1989.

p/s: kredit utk :http://smksat.tripod.com/index.html

Wednesday, July 9, 2008

E-Sinar






OBJEKTIF

Mengumpul Data Rakyat Miskin
Di Seluruh Negeri Kedah Darul Aman
Supaya Tiada Rakyat Yang Ketinggalan Dari Arus Pembangunan Dan
Dapat Bersama-Sama Menikmati Keselesaan Dan Kesejahteraan
Selaras Dengan Usaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Untuk Mengurangkan Kadar Kemiskinan Dan
Mensifarkan Kemiskinan Tegar
Menjelang Tahun 2010


Jumpa @ hubungi Tok penghulu kita:
AZMI BIN DOLLAH
azmidollah@kedah.gov.my
Kediaman Rasmi Penghulu Mukim Sg. Kecil Ilir,
14390 Bandar Baharu
04-4077963
-
019-4742752