Wednesday, December 24, 2008

KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU


Mula beroperasi pada awal Jun 2006 di bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan bangunan Mahkamah yang telah di kosongkan. Kerja-kerja pengubahsuaian dan penyelenggaraan telah di laksanakan pada awal Jun 2005.Kolej Komuniti Bandar Darulaman Cawangan Bandar Baharu ditadbir oleh Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra Kedah dengan diketuai oleh Penyelaras Cawangan iaitu En Kamarulzaman Bin Abd Ghani serta 5 pensyarah akademik dan 1 orang juruteknik.




Pelbagai Kurusu disediakan samada sepejuh masa dan juga kurus pendek.
Untuk perkembangan lanjut sila lawati blog KKCBB dari masa ke semasa

Thursday, November 20, 2008

Sumbangan Info dialu-alukan

kepada sesiapa sahaja yang ingin memasukkan info, berita, iklan dan apa2 apa saja artikel.
email kan kepada: tokeysiber@gmail



P/S: kerana komitmen kerja dan keluarga, saya tidak berupaya mendapatkan info-info terkini tentang apa2 cerita tentang kampung kita ini.
wassalam,
Amran

Saturday, August 9, 2008

Al Fatihah: Ariffin bin Mat Senawi meninggal dunia.(9/8/06)

Takziah diucapkan kepada saudara Khairol Nizam (Mie) diatas pemergian Allahyarham bapa beliau, Ariffin bin Mat Senawi, 80 tahun.
Ariffin @ Pak Lang Pin tinggal di Kg Balai Lama, bersebelahan surau Kg. Balai Lama. pekerjaan beliau adalah penoreh getah dan bilal/siak surau.
Alfatihah untuk arwah semoga dicucuri rahmat yang Esa.

Saturday, July 26, 2008

Isu Kuari Kg Padang..... terkini

Aduan demi aduan macam curah air ke daun keladi

Oleh : Amelia Hashim



BANDAR BAHARU (10 Julai 2008): Bagaimana rasa sekiranya pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu melepas tangan. Hal ini betul-betul mencabar kesabaran sesiapapun. Apa lagi penduduk kampung yang setia kepada kerajaan.


Bagi penduduk Kampung Padang Sungai Kecil Ilir Bandar Baharu masalah yang menimpa mereka seperti malapetaka yang tidak berpenghujung. Aduan demi aduan seperti mencurah air ke daun keladi. Aduan dan rungutan itu ditolak ke sana ke mari seperti tiada harga diri. Pada hal mereka adalah penduduk asal kampung itu yang mendiami di kiri dan kanan sungai Ilir Kecil.



Menurut Ketua Kampung itu Encik Abu Rahim Haji Embi, setiap hari bermula jam 6.30 pagi jalan raya yang dibina untuk kegunaan penduduk kampung telah dilalui oleh tidak kurang 40 buah lori menuju ke hujung jalan iaitu jalan mati tempat kuari. Empat jam kemudian pada pukul 10.00 masuk lagi gerombolan lori-lori dengan jumlah yang sama menuju ke arah yang sama. Manakala lori-lori yang masuk awal pagi bergerak keluar sarat dengan muatan tanah merah.


"Sebelum ini anak-anak penduduk kampung dapat pergi ke sekolah dengan tenang tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Saya sendiri bimbangkan keselamatan anak-anak saya. Sebulan lalu seorang pelajar sekolah mati kerana dilanggar oleh sebuah lori pasir sehingga berkecai kepala," katanya.


Jalan raya yang melintasi Kampung Padang Sungai Ilir itu berpenghujung di kawasan tanah tinggi ataupun bukit kecil kini dijadikan kuari. Tindakan kontraktor mahu mengaut kekayaan di situ, telah merosakkan alam sekitar dan pencemaran air. Kawasan dan tebing sungai di situ telah runtuh. Air sungai yang sebelum ini bersih dan jernih telah menjadi warna teh susu. Apabila hujan, air mengalir menghanyutkan pasir-pasir, batu-batu kecil dan geladak menyebabkan sungai menjadi cangkat.


Persoalannya sekarang siapakah kontraktor yang mendapat kelulusan atau lessen mengambil tanah dari kuari berkenaan. Apakah Jabatan Alam Sekitar juga memberi kelulusan kepada kegiatan itu. Sedangkan aktivti yang berlaku setiap hari telah merosakkan alam sekitar. Malah telah menggangu ketenangan hidup penduduk kampung dan merosakkan aktiviti pertanian mereka seperti projek sayur, mini nusery kelompok buah-buahan dan ini menyebabkan punca rezeki mereka terjejas.



Selain itu lori-lori ini telah merosakkan jalan raya dan memutuskan bekalan air beberapa orang penduduk di situ. Kegiatan pelebaran jalan untuk laluan lori-lori telah menyebabkan tebing sungai runtuh dan sungai menjadi cetek.



Nampaknya pihak yang bertanggung jawab tidak peduli dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh kontraktor berkenaan walaupun penduduk kampung telah melakukan berbagai cara seperti membuat aduan kepada Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Pentadbir Tanah Daerah Bandar Baharu. Tidak cukup dengan aduan itu mereka telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Bandar Baharu.

Sebanyak 98 penduduk kampung telah menandatangani surat bantahan yang akan dibawa ke pengetahuan YAB Menteri Besar Kedah mengenai perkara itu. Ini kerana bantahan yang mengikut peraturan seperti di atas berlalu begitu sahaja. Sedangkan penduduk kampung terlibat seperti terpanggang di atas bara.

Saturday, July 19, 2008

SMK SULTAN AHMAD TAJUDDIN BANDAR BAHARU KEDAH



Kebanyakan penduduk 300kaki melanjutkan ke peringkat menengah di sekolah ni..
kerana dalam daerah yg sama. Tq SMSAT.

Sejarah ringkas:

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin bermula pada bulan Januari 1965 di mana ia ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu selama setahun dengan nama Sekolah Menengah Bandar Baharu (SMBB). Bermula dengan hanya 4 orang tenaga pengajar, tiga kelas tingkatan satu serta bilangan pelajarnya seramai 120 orang. Bilangan guru bertambah menjadi 10 orang menjelang Mac 1965 . Mulai tahun 1966 sekolah ini ditempatkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Permatang Pasir dan kepimpinannya diterajui Pemangku Guru Besar iaitu En. Jaafar Bin Saidin. Pada 1967 barulah SMBB memperolehi bangunan sendiri iaitu dua blok bangunan 2 tingkat. Pada tahun tersebut juga kumpulan pertama pelajar mengambil peperiksaan L.C.E dan pada tahun 1969 kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan M.C.E. Pelajar STPM yang pertama bagi sekolah ini ialah pada tahun 1999. Sehingga kini pembangunan infrastruktur sekolah ini meliputi 7 Blok bangunan, 1 Dewan, 1 kantin,1 Makmal Komputer dan 2 blok Asrama.

Sekolah ini telah bertukar nama ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin mulai tahun 1989.

p/s: kredit utk :http://smksat.tripod.com/index.html

Wednesday, July 9, 2008

E-Sinar






OBJEKTIF

Mengumpul Data Rakyat Miskin
Di Seluruh Negeri Kedah Darul Aman
Supaya Tiada Rakyat Yang Ketinggalan Dari Arus Pembangunan Dan
Dapat Bersama-Sama Menikmati Keselesaan Dan Kesejahteraan
Selaras Dengan Usaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Untuk Mengurangkan Kadar Kemiskinan Dan
Mensifarkan Kemiskinan Tegar
Menjelang Tahun 2010


Jumpa @ hubungi Tok penghulu kita:
AZMI BIN DOLLAH
azmidollah@kedah.gov.my
Kediaman Rasmi Penghulu Mukim Sg. Kecil Ilir,
14390 Bandar Baharu
04-4077963
-
019-4742752

Sunday, June 29, 2008

74 murid SK Sungai Kechil Hilir keracunan makanan



74 murid SK Sungai Kechil Hilir keracunan makanan

NIBONG TEBAL 27 Jun - Seramai 74 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Hilir, Bandar Baharu, Kedah, keracunan selepas makan di kantin sekolah tersebut.

Kesemua murid yang merupakan pelajar tahun dua hingga enam kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB).

Pengarah HSB, Dr. Makhtar Mohamed berkata, murid-murid itu tiba di hospital kira-kira pukul 12.20 tengah hari dan mendapat rawatan pesakit luar.

''Sebahagian daripada mereka mengalami cirit birit dan muntah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini kelmarin.

Seorang mangsa, Nurarashyima Sharinependi, 9, berkata, dia sakit perut selepas waktu rehat dan muntah.

''Saya tidak tahu kawan-kawan yang lain, sebab ada kawan yang makan nasi ayam, nasi goreng dan laksa serta minum air kosong dan air soda, tetapi saya hanya makan nasi ayam," katanya ketika ditemui pemberita di HSB.

Seorang lagi pelajar, Siti Nabilah Afiqah Mohd. Sani, 12, pula memberitahu, dia hanya makan laksa.

''Kuah laksa itu berlendir, sejurus itu perut saya sakit," katanya.

Mohd. Faris Fauzi, 11, pula memberitahu, selepas dimaklumkan kepada guru mengenai keadaan itu mereka dibawa ke hospital.

''Saya makan nasi putih dengan ikan bilis yang berasa agak pedas serta minum air kosong," katanya.

Saturday, March 29, 2008

Our YB Bandar Baharu



Biodata ringkas:

YB Ustaz Yaakub Husin

Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah N36 Bandar Baharu -

(DBS) Diploma in Bussines Studies ITM Shah Alam (1978) -

(DPI) Diploma Pengajian Islam UKM (1983) - Arabic Studies Department, University of Tunis, Tunisia.

{Pengasas Dewan Pustaka Fajar}-

YDP PAS Kawasan Kulim/B.Baharu -

AJK Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. -Ahli Lembaga Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM).

http://yaakubhusin.blogdrive.com/

Saturday, March 15, 2008

Lawyer zul MP kita




















Biodata
Nama : ZULKIFLI BIN NOORDIN


T/ lahir : Juma'at 12 Sya'ban 1381 bersamaan 19 Februari 1962


Tempat Lahir : Kg.. Carok Bemban, Batu 42, Baling, Kedah


Profesion : Peguambela & Peguamcara / Peguam Syarie


Kelulusan : Ijazah Undang-Undang, Victoria University of Wellington, New Zealand




LATARBELAKANG AKADEMIK


Rendah : Ashby Road (English) Primary School, Ipoh


Menengah : Anderson School Ipoh; King Edward VII Taiping


Pra Universiti : Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi


A – Level : Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland, New Zealand


Universiti : Victoria University of Wellington, New Zealand (1982-1986)




KEGIATAN MASYARAKAT
Ahli EXCO Majlis Peguam Malaysia (sessi 2006-2007)
Ahli Jawatankuasa Perundangan Syariah, Majlis Peguam Malaysia (sessi 2008-2009)
Ahli EXCO Pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI)
Pengerusi, Madrasah To' Din (MTD), Baling, Kedah
Penasihat Undang-Undang, Masjid Jame' Bandaraya Kuala Lumpur
Penceramah di masjid, surau dan forum-forum yang bersesuaian di peringkat nasional dan antarabangsa.




PENGALAMAN
Panel peguam kes pemecatan YAA Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara
Peguam mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam kes Nordin Salleh –lwn- Dewan Undangan Negeri Kelantan (kes lompat parti ADUN S. 46 ke UMNO)
Mewakili Kumpulan Darul Arqam mencabar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
Mewakili Puan Pendek Ahmad & Norhayati Mohd. Yusof didalam kes berkaitan skandal seks Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dengan gadis bawah umur)
Mewakili Al Fadhil Ustadz Kamal Asha'ari melawan Dato' Abdul Hamid Othman & Pusat Islam dalam kes fitnah terhadap Ustadz Kamal Asha'ari
Mengendalikan kes pemecatan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri
Mengendalikan kes-kes murtad termasuk kes Nor 'Aishah binti Bukhori
Ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 September 1998 bersama-sama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan 16 yang lain.
Mengendalikan kes Lina Joy –v- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Jabatan Pendaftaran Negara mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia
Mengendalikan kes Pendakwaraya –v- Kumpulan Al Maunah yang didakwa atas pertuduhan mememrangi Yang Di Pertuan Agong dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan;
Menyampaikan ucapan dan pidato di University Columbia New York, London School of Economic, Cambridge University, UNESCO di Paris dan lain-lain.
Menyampaikan ucapan, pidato dan ceramah di UM, UiTM, UIA, UNITEN, UKM, KUSZA, Masjid-masjid, surau-surau, syarikat, bank, institusi-institusi dan lain-lain.





Projek kuari tanah merah Bukit Palang: Penduduk buat laporan BPR


Projek kuari tanah merah Bukit Palang: Penduduk buat laporan BPR
Mohd Sabri Said Wed Jan 30, 08 11:20:33 am MYT



SERDANG, KEDAH, 30 Jan (Hrkh) - Penduduk Kampung Padang, Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu, Kedah mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sungai Petani menyiasat bagaimana kebenaran diperolehi oleh Pegawai Tadbir Tanah Kulim Bandar Baharu sehingga membolehkan pengusaha kuari tanah merah di Bukit Palang dilaksanakan sedangkan jawapan dari Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cawangan Kulim, Mohd Helmi Ahmad mendakwa aktiviti pengorekan tanah yang dijalankan di situ tidak sesuai.
-->
Semuanya terbukti semasa pertemuan antara penduduk dan pegawai berkenaan pada 23 Disember 2007. Manakala surat daripada JAS dikeluarkan pada 15 Januari 2008.
Aktivis masyarakat, Dr. Abdullah Muda ketika mengetuai rombongan ke BPR semalam berkata, pandangan JAS itu membuktikan mereka baru mengetahui isu ini apabila meminta dipanjangkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Bandar Baharu sebagai tindakan lanjut mengikut mana-mana peruntukan di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah.
Jika JAS baru tahu hal ini sambungnya, bagaimana boleh seorang pegawai yang bertanggungjawab terhadap daerah di sini memberitahu projek berkenaan telah diluluskan pada 2003 lagi dan permit mengeluarkan tanah dibolehkan pada Januari 2008.
"JAS sendiri hairan macam mana isu ini boleh terjadi sedangkan pihaknya juga wajar menilai adakah ia mendapatkan kesan pada manusia atau eko sistem alam sekitar," jelasnya.
Selain BPR seorang penduduk, Abu Rahim Embi membuat lapuran polis di Balai Polis Serdang pada 28 Januari lepas.
Harakadaily pada hujung Disember 2007 telah mendedahkan kewujudan kegiatan kuari tanah merah secara haram di Bukit Palang, Kampung Padang.
Ia diusahakan oleh seorang taukeh Cina kononya untuk projek kerajaan di sekitar Nibung Tebal dan selatan Kedah.
Kesan kuari itu nanti akan mencemarkan sungai yang selama ini menjadi sumber utama penduduk sekitar untuk minum dan kegunaan tanaman.
Sementara itu, dalam surat daripada Setiausaha Projek Pemulihan Dusun Kampung Padang dan Sungai Buaya, Abdul Halim Mat Isa yang ditujukan kepada 12 agensi kerajaan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kechil Ilir, Menteri Besar Kedah dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menceritakan kebimbangan penduduk antaranya penghakisan tanah pasti berlaku sehingga menjejaskan pengaliran air sungai yang digunakan oleh penduduk untuk tujuan menyiram sayuran dan penternak kambing komesial.
Kualiti udara juga turut tercemar kerana laluan lori ekoran aktiviti muat dan gali tanah tersebut.
Jalan raya dan jalan ladang akan rosak kerana kenderaan berat bahkan membahayakan kepada perjalan kaki terutamanya kanak-kanak sekolah yang berbasikal.
Banjir lumpur juga dikhuatiri berlaku terhadap penduduk tepi sungai dan di kawasan tanah rendah sekali gus memusnahkan tanaman sayuran dan buah-buahan.
Hadir sama semasa membuat laporan BPR itu ialah Pengerusi Badan Bertindak Kuari Kampung Padang, Mohd Yusuf Ahmad dan dua orang Jawatankuasa Bertindak Wan Teh Abu Bakar serta Abu Rahim Embi. - mns