Wednesday, March 18, 2009

MBDBB kembali aktif selepas lima tahun



BANDAR BAHARU - Majlis Belia Daerah Bandar Baharu (MBDBB) di bawah pimpinan jawatankuasa baru berjanji untuk kembali membangunkan agenda belia di daerah ini dalam usaha membentuk aktiviti golongan belia di sini.

Pengerusi MBDBB, Mohd Mustaffa Kamal Shaikh Ismail berkata, persatuan di bawah kelolaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah itu dilihat suram setelah ditubuhkan sejak tahun 2004 lalu.

Menurutnya, beliau yang baru saja mengambil alih pimpinan jawatankuasa tahun ini akan mengatur program aktiviti bagi golongan belia di sini dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan.

“Sebelum ini MBDBB dilihat sebagai sebuah persatuan yang tidak berfungsi kerana tiada aktiviti yang dijalankan bagi komuniti di sini.

“Tetapi dengan adanya pentadbiran dan pengurusan baru, kami sudah mula menjalankan aktiviti dan program untuk belia,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri majlis perasmian Program Cabaran Kecergasan Malaysia Peringkat Bandar Baharu yang diadakan Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan kerjasama MBDBB.

Turut hadir pada program yang diadakan di Kem PLKN Sri Impian, Relau itu ialah Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kedah, Aziz Hamid dan Pegawai Belia dan Sukan Bandar Baharu, Poh Swee Yong.

Mustaffa berkata program ini dianggap sebagai aktiviti permulaan jawatankuasa baru MBDBB sebelum meneruskan dengan program belia yang lain sepanjang tahun ini.

Katanya, apa yang lebih meyakinkan, sambutan yang ditunjukkan golongan belia di sini pada program pertama mendapat sambutan hangat yang mana lebih 500 peserta menyertainya.

“Hari ini kita adakan pelbagai aktiviti yang disertai belia seperti pertandingan kayak, demonstrasi lompat tali, senamrobik dan tarian poco-poco serta pameran dari agensi kerajaan.

“Semua aktiviti yang dijalankan ini bertujuan memperkenalkan gaya hidup sihat kepada golongan belia di daerah ini supaya mereka tidak terbabit dengan gejala sosial,” katanya.

Thursday, March 12, 2009

Anisani Village Resort


ANISANI VILLAGE RESORT

Location : Lot 1248, Sungai Kecil Hilir, Nibong Tebal, Penang Malaysia
Contact : +604- 5986789
Fax : +604- 5986788
Email : avr@anisani.com
http://www.anisani.com/