Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha buat warga 300 kaki

aidil adha Pictures, Images and Photos

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Thursday, November 19, 2009

Jejak Sillaturrahim ...


Saya ada menerima post komen mengenai seorang sahabat yang ingin menjejaki saudara mara di sekitar 300 kaki dan ayer putih (serdang). Kalau ada yang mengenali Tok beliau Che' Yah Bt Bakar, boleh la memberikan sedikit maklumat. Semoga ada yang sudi membantu


Salam...
masa kecil2 dulu ada balik kampung ikut tokwan dan tok ke 300 kaki dan ayer puteh. last skali masa saya sekolah rendah tahun 1990an. teringin gak nak cari sedara mara yg still ada kat sana. Tokwan(banjar,from a gusti family...not sure) dan tok memang dari sana, migrated to selangor.Tok(Che' Yah Bt Bakar, and claimed her father was called as Panglima , long time ago and her father has more than 1 wife) di Sungai kechil Hilir aka 300 kaki.kesahihan, wallahua'lam. Skrg saya dah umur 27 tahun, baru nak tau. sekiranya masih ada saudara mara..boleh contact saya melalui email. wassalam

Thursday, November 12, 2009

Dua pemain sahkan sertai Kedah


Dua pemain sahkan sertai Kedah

ALOR SETAR - Dua pemain yang diintai pasukan Hijau Kuning telah menyatakan persetujuan untuk menyertai pasukan itu dalam saingan Liga, musim depan.

Ketua Jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff bagaimanapun berkata, identiti dua pemain itu masih dirahsiakan kerana belum menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Kedua-dua pemain itu adalah pemain bahagian serangan dan tengah, mereka hanya menyatakan persetujuan mulut dan rundingan masih berjalan,” katanya.

Menurutnya, beberapa pemain lain masih diintai dan belum menyatakan persetujuan, namun daripada maklum balas, mereka seakan berminat untuk menyertai pasukan Sang Kenari.

Ahmad berkata, sejak seminggu lalu, pasukan Kedah telah pun memulakan latihan bagi memulihkan semangat pemain, termasuk meningkatkan keserasian memandangkan pasukan itu baru sahaja bertukar jurulatih.

“Pasukan ini turut menyertai bengkel bina semangat yang diadakan di Sintok selama dua hari, minggu lalu. Mereka didedahkan dengan aspek kerohanian, fizikal dan mental bagi mengembalikan semangat untuk bangkit semula dan terus berjuang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita pada musim depan,” katanya.

Mengulas mengenai sesi latihan yang dijalankan, Ahmad berkata, buat masa ini pemain didedahkan dengan latihan persendirian bagi melihat tahap kecergasan masing-masing, sebelum beralih kepada latihan taktikal.

“Kita mahu beri tumpuan kepada individu terlebih dahulu sebelum fokus kepada pasukan. Kita mahu cungkil bakat mereka sehingga ke akar umbi supaya menyerlah ketika beraksi di padang. Setakat ini, saya lihat pemain amat berkebolehan cuma perlu diberi pendedahan dan digilap,” katanya.

Menurutnya, pemain kini tampak lebih bersemangat untuk meneruskan saingan dan mahu merampas semula kejuaraan berganda, seperti yang dicapai sebelum ini.