Monday, April 30, 2007

Penjara Sg Duri

KENYATAAN AKHBAR
» Senarai Kenyataan Akhbar

RM245j disedia bina Penjara Pulau Pinang

01.09.2006 NIBONG TEBAL: Kerajaan Pusat memperuntukkan RM245 juta bagi pembinaan Penjara Pulau Pinang di Sungai Duri, dekat sini yang dijangka dapat menampung sehingga 3,000 banduan.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, berkata bangunan penjara di Jalan Kerian Kedah, Sungai Duri itu dengan keluasan kira-kira 48 hektar turut menyediakan kuarters kediaman pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.

Katanya, kemudahan yang dibina termasuk pejabat pengurusan, dewan makan dan surau serta kemudahan untuk banduan beriadah atau bersukan.

"Ketika ini, kerja menanam cerucuk sedang dilakukan dan bangunan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.
"Bagaimanapun, bangunan penjara lama yang masih beroperasi di Georgetown, dekat sini akan terus dikekalkan," katanya.

Abdul Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap berkata demikian selepas menyampaikan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan ke-49 kepada pengguna lebuh raya, di Plaza Tol Jawi, di sini, petang kelmarin.

Program itu anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal turut menyaksikan Abdul Rashid bersama Ketua Pemuda Umno bahagian Nibong Tebal, Shafie Kassim, menyampaikan 1,500 Jalur Gemilang dan 50 hamper kepada pengguna lebuh raya.
Kerajaan sebelum ini bercadang menjadikan Penjara Pulau Pinang di Jalan Goal di pulau yang berusia 157 tahun sebagai Penjara Perubatan iaitu yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Penjara paling tua di negara ini antara lain akan berfungsi sebagai pusat merawat banduan penghidap penyakit kronik, termasuk HIV/Aids dari seluruh negara.


p/s: laluan penjara tu shortcut utk pi Sg bakap & Sg Duri ... malam2 seram jugak nak lalu naik moto sorang2 area situ...

Friday, April 20, 2007

Hutan Lipur Bukit Panchor

Hutan Lipur Bukit Panchor


Hutan Lipur Bukit Panchor terletak di Hutan Simpan Bukit Panchor yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung melakukan aktiviti di sini. Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti untuk berehat, berkelah dan berkhemah

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Nibung Tebal.


Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mengikut denai , melihat kepelbagaian spesies burung dan kelawar di Gua Kelawar di kawasan ini. Hutan lipur ini juga sesuai menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan.

dipetik dari laman Jabatan Perhutanan
http://www.forestry.gov.my/hlpen_bktpanchor.html

*************************************************************************************

ENGLISH VERSION

Bukit Panchor Recreational Forest
"Encompassing an area of eight hectares, the Bukit Panchor Recreational Forest is located in Compartment 2 of the Bukit Panchor Forest Reserve."




Encompassing an area of eight hectares, the Bukit Panchor Recreational Forest is located in Compartment 2 of the Bukit Panchor Forest Reserve. This lowland forest area is covered with natural forest plants such as the Meranti Sarang Punai (Shorea parvifolia) and other trees, which must be sustained and preserved, in order to ensure its continued growth. Keladan (Drybalanops oblongofolia) and Kapur (Drybalanops aromatica) trees were planted an a large scale on 2.5ha area in this forest.




Located 10km from Nibong Tebal, it was first developed in 1993. It has become very popular among the people of the Seberang Perai Selatan and also those from Kedah and Perak because the area is suitable for camping and other beneficial recreational activities.





During school holidays, the area is packed with visitors who want to enjoy its serene atmosphere and natural beauty. Some of the facilities provided in the forest are rest huts, a camping site, sign boards, a ‘surau’ and public toilets

p/s: dulu masa tempat ni belum jadi tempat rekreasi, kawasan ni jadi padang bolasepak tak rasmi

Thursday, April 19, 2007

Air Terjun Batu Hampar


Kawasan Airterjun, yang menarik merupakan tempat untuk berkelah dan mandi-manda, juga diadakan perkemahan pengakap dan kem motivasi.
Lokasi air terjun tersebut terletak di kampung Air Puteh, Serdang. lebih kurang 15km dari Sg Kechil Ilir. (SKI)
Kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan yg juga merupakan tempat tadahan air.
setakat ini tiada pengangkutan awam disediakan kekawasan tersebut sama ada dari SKI ataupun dari Serdang.

Sunday, April 8, 2007

Tokoh : Dr Mohd Isa Hj Bakar


Mungkin hanya sebilangan warga 300 yg kenal dengan beliau,
beliau merupakan anak kampung 300 kaki antara yg berjaya ke Oversea , pada era pop yeah2 dulu.
beliau adalah Adik kepada Allahyarham Ustaz Hamzah (Pak Ngah Hamzah), dan sekarang merupakan Pensyarah USM kubang Kerian.
Antara sumbangan beliau adalah beliau semasa menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM Penang, terbabit dalam menjayakan kajian dan menerbitkan buku ilmiah tentang sosio-ekonomi .
Antara projek terkenal beliau:
TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), Researchers: Mohd. Isa Hj. Bakar, Mansor Othman, Haron Din. Sponsor: Credit Guarantee Corporation RM5.4million. TEKUN is aimed to improve and upgrade small enterpreneurs with business credit up to RM1,000.00 repayable within 24 months. Currently it has reached 1,400 Bumiputera recipients in Penang (3 branches), and Kelantan (Jeli). It has expanded to Besut, Terengganu.
Kajian Pemlatan dan Perancangan dan Penubuhan Inventori Tanah MAINPP, Assoc.Prof. Mohd Isa Haji Bakar,
2000 – 2002: Accessibility of the Government Support Programs for Small and Medium Industries by Assoc. Prof. Dr. Moha Asri Abdullah, Professor Muhammad Syukri Salleh, Assoc. Prof. Md. Isa Haji Abu Bakar and Mohd Zhahir Kechot, IRPA (Long Term Grant), Ministry of Science and Technology, Malaysia.