Monday, April 30, 2007

Penjara Sg Duri

KENYATAAN AKHBAR
» Senarai Kenyataan Akhbar

RM245j disedia bina Penjara Pulau Pinang

01.09.2006 NIBONG TEBAL: Kerajaan Pusat memperuntukkan RM245 juta bagi pembinaan Penjara Pulau Pinang di Sungai Duri, dekat sini yang dijangka dapat menampung sehingga 3,000 banduan.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, berkata bangunan penjara di Jalan Kerian Kedah, Sungai Duri itu dengan keluasan kira-kira 48 hektar turut menyediakan kuarters kediaman pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.

Katanya, kemudahan yang dibina termasuk pejabat pengurusan, dewan makan dan surau serta kemudahan untuk banduan beriadah atau bersukan.

"Ketika ini, kerja menanam cerucuk sedang dilakukan dan bangunan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.
"Bagaimanapun, bangunan penjara lama yang masih beroperasi di Georgetown, dekat sini akan terus dikekalkan," katanya.

Abdul Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap berkata demikian selepas menyampaikan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan ke-49 kepada pengguna lebuh raya, di Plaza Tol Jawi, di sini, petang kelmarin.

Program itu anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal turut menyaksikan Abdul Rashid bersama Ketua Pemuda Umno bahagian Nibong Tebal, Shafie Kassim, menyampaikan 1,500 Jalur Gemilang dan 50 hamper kepada pengguna lebuh raya.
Kerajaan sebelum ini bercadang menjadikan Penjara Pulau Pinang di Jalan Goal di pulau yang berusia 157 tahun sebagai Penjara Perubatan iaitu yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Penjara paling tua di negara ini antara lain akan berfungsi sebagai pusat merawat banduan penghidap penyakit kronik, termasuk HIV/Aids dari seluruh negara.


p/s: laluan penjara tu shortcut utk pi Sg bakap & Sg Duri ... malam2 seram jugak nak lalu naik moto sorang2 area situ...

1 comment:

Sitibuha Md Kassim said...

ooo...hang ka amran? anak pakngah hamzah kan? aku classmate hang sekolah rendah, saipa lak dok kenai?
baguih citer blog hang, psi kampung sg kechik....