Monday, September 20, 2010

Awas bahaya kencing tikus



Saya ada terbaca kenyataan dari akhbar yang sampel air dari kolam tadahan Bukit Panchor telah diambil dan positif bakteria Leptosirosis yang terhasil dari kencing tikus. Jangan risau walaupun sumber air sekitar 300kaki diambil dari kolam tersebut ianya selamat kerana dirawat dulu sebelum disalur kepada awam. Namun kita perlu berhati-hati apabila hendak mandi dikawasan Hutan Lipur yang airnya mengalir dari Bukit Panchor. Ini bagi mengelakkan dari berjangkit kuman kencing tikus tersebut. Jadi kalau boleh elakkan untuk berkelah atau mandi manda dikawasan tersebut, dan kawasan perkelahan lain seperti air putih Serdang juga. Kalau jabatan kesihatan telah mengesahkan dah bebas dari kuman tersebut, nak mandi sampai malam pun mandilah.

1 comment:

joe penang said...

Salam
Saya ada creste fb Daerah Bandar Baharu. Minta saudara dapat menyumbang info,gambar, nostalgia dll yg berkaitan. tk